Saturday, 28 October 2017

Cara Buat Duit Online Dengan Kerja Sambilan Dari Rumah

buat duit online kerja sambilan dari rumah
sumber imej
Pasti ramai di antara kita yang mencari kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Tetapi, bukan semua yang dapat melakukan lebih dari satu kerja kerana ketiadaan masa. Oleh itu, maka ramai lah juga yang berusaha mencari cara buat kerja sambilan dari rumah untuk buat duit secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana.

Melakukan kerja sambilan dari rumah adalah digalakkan kerana tidak memakan masa yang lama. Anda mungkin hanya perlu meluangkan masa sebanyak dua jam sehari atau lebih jika perlu. Jika anda mempunyai kemahiran tinggi misalnya mahir dalam bahasa program tertentu, anda mungkin boleh menjana pendapatan tambahan sebanyak 500 ringgit dalam sebulan secara online. Sudah tentu, anda boleh buat duit lebih banyak dari itu secara online namun semakin banyak wang yang perlukan, semakin banyaklah kerja yang anda perlu lakukan bererti semakin banyak lah kemahiran yang diperlukan dari anda.

Kalau boleh, jika anda mampu, dapatkan lah sekurang-kurangnya sjiil dalam bidang tertentu. Misalnya sijil berkaitan perisian komputer jika anda mahu melakukan tugasan berkaitan itu. Ini tidaklah begitu penting namun ia adalah sebahagian daripada pelbagai taktik untuk mendapat kepercayan orang yang akan mengupah anda.

Berikut adalah kerja sambilan dari rumah yang anda boleh lakukan secara online.

1. Programming.

Sangat digalakkan kepada mereka yang mahir dalam bahasa program tertentu walaupun hanya bahasa yang mudah seperti python. Namun, semakin banyak kemahiran anda dalam bidang ini, semakin cerah peluang anda untuk buat duit dari rumah melalui kerja sambilan online dengan menulis program.

Dalam kerja berkaitan programming, ada yang sanggup membayar sehingga lebih $200 yang mana merupakan lebih RM800. Bermakna, jika anda berjaya dapat satu tugasan sahaja yang membayar seperti jumlah tadi dalam sebulan sudah cukup untuk anda buat duit online dari rumah. Ini adalah peluang yang tinggi kepada lepasan diploma teknologi maklumat tetapi pastikan hasil kerja anda sangat memuaskan agar anda lebih mudah mencari tugasan seterusnya.

Antara laman web yang anda boleh periksa untuk kerja ini adalah Guru.com, Upwork, Freelancer.com, PeoplePerHour.

2. Menulis Artikel.

Jika anda ada ilmu tertentu dan pandai menulis dalam bahasa Inggeris tanpa kesalahan tatabahasa, gunakan kemahiran anda itu untuk menjana pendapatan. Ada beberapa laman web di mana anda boleh menjual artikel anda secara online dengan harga mengikut jumlah patah perkataan. Tetapi, anda mestilah betul-betul orang yang berpengetahuan dalam topik yang anda tulis atau taip dalam artikel anda. Misalnya anda menulis artikel berkaitan sejarah, pastikan anda orang yang betul-betul pandai dalam sejarah dan kalau boleh dapat A+ dalam subjek sejarah barulah anda benar-benar layak untuk melakukan kerja sambilan dari rumah dengan cara ini. Jika tidak, usah risau, banyak lagi cara lain.

3. Mengajar.

Ya, banyak laman web di mana anda boleh menimba ilmu secara online dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu sambil buat duit dari rumah. Jika anda seorang guru anda sangat bertuah kerana anda boleh menjana wang tambahan dengan mengajar secara online. Jika anda bukan guru, usah risau. Menjadi guru bukan syarat utama. Jika anda mahir dalam perisian komputer misalnya, anda masih boleh mengajar secara online hal-hal berkaitan itu dari rumah. Tapi ingat, anda juga haruslah pandai berbahasa Inggeris untuk memudahkan anda memandangkan bahasa itu akan menjadi bahasa pengantara.

Antara laman web yang membayar anda untuk mengajar ialah, Fiverr, Craigslist, Tutor, Upwork dan Tutor Vista.

4. Menterjemah.

Ini rasanya antara kerja sambilan online dari rumah yang anda boleh lakukan memandangkan ramai rakyat Malaysia yang pandai berbahasa Inggeris di samping berlagak seperti gaya orang Amerika kononnya. Jumlah bayaran anda mungkin mengikut jumlah patah perkataan di artikel asal. Cara ini boleh dikatakan senang namun untuk penterjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya tidak begitu banyak diperlukan. Namun jika anda pandai dalam bahasa lain seperti Mandarin, Kantonis, Jepun dan lain-lain peluang anda mungkin lebih cerah tetapi ingat, pastikan hasil kerja anda memuaskan dari segi penterjemahan, penggunaan ayat dan tatabahasa. Jangan biarkan ada kesilapan walaupun sedikit kerana ia mungkin merosakkan peluang anda untuk mencari kerja berkaitan penterjemahan. Klien sangat mengharap anda untuk mentafsir dengan maksud yang sama dalam bahasa asal.

Antara laman web yang menawarkan kerja menterjemah ialah, translate.com, guru.com, unbabel dan upwork.

5. Transkripsi.

Ini rasanya agak sesuai kepada mereka yang mempunyai pendengaran yang baik. Cara kerja ini dilakukan ialah anda akan diberi fail audio dan anda akan menulis atau menaip apa yang anda dengar. Ia mungkin kedengaran agak mudah tapi sebenarnya audio yang diberikan mungkin tidak begitu jelas. Kerana itulah ia memerlukan beberapa pekerja transkripsi untuk mengenal pasti apa yang disebut di dalam audio itu. Pekerjaan sambilan online ini hanya memerlukan komputer biasa atau riba, kelajuan Internet yang baik, headphone atau earbuds dan pendengaran yang baik. Biasanya untuk pekerjaan ini, ia memerlukan pakar transkripsi namun ada sesetengah syarikat dan organisasi yang mahu mengupah orang biasa untuk melakukan kerja transkripsi yang mudah dengan bayaran yang baik membuatkan ramai orang berebut peluang untuk menghasilkan pendapatan dari rumah hanya dengan mendengar.

Anda boleh mencari kerja online melakukan transkripsi di guru.com, upwork, transcribe, athreon, scribie dan tigerfish.

6. Data Entry.

Admin pun kurang pasti bagaimana pekerjaannya kerana setiap data entry itu tidak sama. Tetapi jika anda ingin kerja sambilan dari rumah di rumah dengan data entry, anda boleh ke jobdirumah.com. Pekerjaan ini biasanya memerlukan komputer, Internet yang baik, kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran menggunakan komputer.

7. Paid-To-Click.

Ada beberapa laman sesawang yang membolehkan anda melakukan kerja online dengan melihat iklan sahaja. Anda mungkin tidak dapat buat duit dengan begitu lumayan namun rasanya jika anda rajin dan sabar, mungkin anda boleh buat puluhan ringgit dari rumah dalam sebulan. Selain melihat iklan, anda juga akan dibayar dengan menonton video, menjawab survey, bermain permainan video dan memuat turun aplikasi. Anda juga boleh mendapat peluang buat duit online dengan melakukan kerja-kerja ringkas seperti mengenal pasti alamat sesuatu syarikat, mencari link yang mengandungi informasi syarikat-syarikat tertentu dan sebagainya. Namun, untuk mendapat peluang pekerjaan sambilan seperti itu, anda hendaklah sentiasa aktif dan rajin melakukan tugasan mudah walaupun bayaran untuk satu iklan yang dilihat hanya dalam 0.001 sen sahaja.

Dua laman web yang disarankan kepada anda ialah clixsense dan neobux.

Itulah 7 kerja sambilan dari rumah secara online. Anda mungkin tidak dapat buat duit beribu ringgit secara online namun berbaloi mencubanya jika anda betul-betul memerlukan wang. Sangat digalakkan kepada lepasan diploma yang belum mahu mencari kerja atau meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Ingat, persaingan dalam pekerjaan online agak kuat. Anda harus betul-betul mahir melakukan tugasan dengan harga bayaran yang berpatutan. Juga digalakkan kepada anda untuk membuat akaun paypal jika ingin melakukan kerja sambilan dari rumah secara online. Hal ini kerana kebanyakan laman sesawang yang menawarkan kerja-kerja di atas membayar pekerja online melalui paypal. Ada juga yang membayar pekerja online melalui cek namun cek agak lambat dan ada risiko ia tidak sampai ke alamat rumah anda.

No comments:

Post a Comment